Wednesday 10 December 2014

Spageti Harta Karun

Salam, hai moms and friends..


Mencari harta karun for your kids? Resepi yang ni sangat simple dan awesome. 



Kreatif adalah kunci utama untuk menarik perhatian anak anda makan. So, menu ni boleh menggantikan nasi sebagai makanan berat kerana kanak-kanak picky eater sukakan kelainan. Haaaaa..takde lah nanti mereka rasa boring je makan nasi dan mulalah perangai tak mahu makan tu.



Gorengkan telur dadar dan balut spageti dengan kemas. Kemudian bolehlah dihias mengikut kesukaan masing-masing. Tadaaaa...menarik kan!

Tahukah anda spageti atau pasta adalah sumber karbohidrat yang baik untuk kesihatan? 

Pasta mempunyai indeks glisemik yang rendah berbanding mee biasa. Maknanya kita akan rasa kenyang lebih lama dan yang menariknya bagus untuk penghidap diabetes. Kandungan serat dan vitamin B yang tinggi juga memberi kebaikan untuk badan si kecil anda selain mempunyai tekstur yang menarik, tidak terlalu keras dan tidak lembik.

Untuk resepi Spageti Harta Karun ni, anda boleh lihat dalam buku saya terbitan Telaga Biru Sdn Bhd berjudul 'Sayang, Marilah Makan!'

InshaAllah jika berkesempatan saya akan share resepi di sini ye.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment