Ada satu perkara yang saya belajar since penglibatan saya dalam penulisan buku kanak-kanak.
Kanak-kanak sangat-sangat suka dipuji dan mereka akan rasa seperti dihargai dan disayangi.
Ramai daripada kita lebih mudah marah bila anak kita membuat sepah ketika bermain atau di meja makan. Kenapa? Sebab kita merasakan ia menyusahkan.
Biarkan mereka bermain atau makan sendiri kerana kemahiran kendiri mereka sedang meningkat. lni dapat membantu perkembangan minda mereka.
Jika ingin marah sekalipun biarlah bertempat dan kena dengan caranya supaya anak kita tahu apakah sebab mereka dimarah.
Punca cerewet makan?
Ya. Salah satu punca anak cerewet makan adalah kena marah di meja makan!!
Jadi, cuba elakkan ye.
Good job, awak!
ReplyDelete