Wednesday, 31 December 2014

Muffin Coklat untuk Damia


Salam....

Dear moms and friends,


Damia, my niece umur dia sekarang 4 tahun. Seorang yang petah bercakap dan sangat comel. Memandangkan hari ni saya tak busy sangat, so saya buatkan muffin coklat untuk dia.

Muffin yang dah siap tu saya masukkan dalam kotak kek yang kilat-kilat (rajin betul makcik ni. hahah). Saja je nak buat macam beli kat kedai gituuu. Sebab biasanya anak yang cerewet makan sukakan kelainan.

Muka dia masa amik kotak tu happy sangat-sangat. Tadaaa, inilah muffin coklat Damia.




Ibu-ibu dan sahabat semua boleh cuba buat ye! Resepi asal saya ambil dari SINI tapi telah diolah sedikit. hehe...

Bahan-bahan

Bahan A

2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan B

2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
2 biji telur

Bahan C

3/4 cawan air panas

Cara-cara

Campurkan semua bahan B dan pukul perlahan selama 2 minit. Letak tepi.


Ayakkan tepung dengan serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat dan campurkan semua bahan dalam mangkuk besar.


Masukkan bahan A ke dalam bahan B sedikit demi sedikit dan kacau rata.


Kemudian masukkan air panas (tak perlu mendidih) dan kacau rata. Bakar pada suhu 170.C selama 20 minit.

Dah pun siap. Boleh la dihidang mengikut kreativiti anda ye (kecil, menarik, sedap!) :) 


Selamat mencuba!!!

#Becreative

New Year Blogwalking Januari by Sulyanie Ghazali

*klik banner untuk join.


♥ Tarikh tutup : 31 JANUARI 2015
♥ Tujuan segmen ni untuk memudahkan sul dan peserta-peserta blogwalking dan follow blog-blog peserta yang lain.
♥ Senarai peserta akan diupdate setiap hari sabtu.
♥ Rajin-rajin kan diri jenguk dan follow blog peserta yee. Dapat tambah follower jugak :)


Syarat dia simple je. Semoga segmen ni dapat sambutan. Jom join ramai-ramai :)



Sunday, 28 December 2014

Mini Piza


Yea, pizza!! Ma, adik nak makan piza boleh? Pasti ibu-ibu sukar untuk menolak permintaan si kecil yang sorang ni. Mana tidaknya, anak picky eater memang susah nak makan. Bila dia mintak sesuatu, mesti akan bagi. Takkan nak biarkan dia tidak makan?

So, make sure ibu-ibu sediakan makanan yang sihat dan seimbang. Piza? Ya. Piza boleh dijadikan hidangan yang sihat untuk si kecil anda.



Portion atau saiz hidangan mempengaruhi si kecil untuk makan. Apa kata kita kecilkan saiz piza dan namakan dia Mini Piza! Tentu si kecil lebih gemarkannya.


Ubah sedikit resepi piza menjadi Mini Piza yang seimbang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin dan serat sesuai untuk si kecil membesar.


Oleh itu, jangan ketinggalan untuk dapatkan resepi Mini Piza dan banyak lagi tips melalui buku ‘Sayang, Marilah Makan’, ok. Jumpa lagi!


#Becreative

Tuesday, 16 December 2014

I Am Proud Of You, Dear!


Ada satu perkara yang saya belajar since penglibatan saya dalam penulisan buku kanak-kanak.
Kanak-kanak sangat-sangat suka dipuji dan mereka akan rasa seperti dihargai dan disayangi.
Ramai daripada kita lebih mudah marah bila anak kita membuat sepah ketika bermain atau di meja makan. Kenapa? Sebab kita merasakan ia menyusahkan.

Biarkan mereka bermain atau makan sendiri kerana kemahiran kendiri mereka sedang meningkat. lni dapat membantu perkembangan minda mereka.
Jika ingin marah sekalipun biarlah bertempat dan kena dengan caranya supaya anak kita tahu apakah sebab mereka dimarah.
Punca cerewet makan?
Ya. Salah satu punca anak cerewet makan adalah kena marah di meja makan!!
Jadi, cuba elakkan ye.


Ibu bapa yang positif akan sentiasa cakap, "I am proud of you!!". "Congratulation!", "Amazing achievement!" bila anak mereka berjaya belajar sesuatu perkara baru.


Having a good meal time with your childs!

Monday, 15 December 2014

Anda sayang anak anda?



Dah ucapkan sayang kepada mereka pagi ini? 

Belum tentu kita dapat ucapkan sayang kepada mereka petang nanti.

Dah doakan, peluk, cium anak anda pagi ini? 

Belum tentu kita dapat doakan, peluk, cium anak kita esok pagi. 

Dah sediakan sarapan untuk anak kita pagi tadi?
Belum tentu kita dapat sediakan sarapan untuk anak kita sebentar nanti.


Sebagai ibu atau bapa, kita inginkan anak kita membesar dengan sihat di depan mata kita sendiri. 
Melihat setiap perkembangan yang mereka lakukan sudah cukup untuk membuatkan hati kita sangat gembira.
'Mom and dad love you, dear' :)

Wednesday, 10 December 2014

Spageti Harta Karun

Salam, hai moms and friends..


Mencari harta karun for your kids? Resepi yang ni sangat simple dan awesome. 



Kreatif adalah kunci utama untuk menarik perhatian anak anda makan. So, menu ni boleh menggantikan nasi sebagai makanan berat kerana kanak-kanak picky eater sukakan kelainan. Haaaaa..takde lah nanti mereka rasa boring je makan nasi dan mulalah perangai tak mahu makan tu.



Gorengkan telur dadar dan balut spageti dengan kemas. Kemudian bolehlah dihias mengikut kesukaan masing-masing. Tadaaaa...menarik kan!

Tahukah anda spageti atau pasta adalah sumber karbohidrat yang baik untuk kesihatan? 

Pasta mempunyai indeks glisemik yang rendah berbanding mee biasa. Maknanya kita akan rasa kenyang lebih lama dan yang menariknya bagus untuk penghidap diabetes. Kandungan serat dan vitamin B yang tinggi juga memberi kebaikan untuk badan si kecil anda selain mempunyai tekstur yang menarik, tidak terlalu keras dan tidak lembik.

Untuk resepi Spageti Harta Karun ni, anda boleh lihat dalam buku saya terbitan Telaga Biru Sdn Bhd berjudul 'Sayang, Marilah Makan!'

InshaAllah jika berkesempatan saya akan share resepi di sini ye.

Selamat mencuba!

Tuesday, 9 December 2014

Saya cerewet?


Assalamualaikum dan salam perkenalan...

Dear moms and friends out there.



Adakah anak saya cerewet makan @ picky eater? Cerewet makan adalah sikap terlalu memilih makanan yang sering berlaku pada peringkat umur kanak-kanak terutamanya 2 hingga 5 tahun.


Natalie is sooo cute! Tahukah anda ini adalah antara sikap kanak-kanak yang cerewet makan. Haaa, perasan tak kadang-kadang ada anak kita yang hanya makan isi atau inti makanan je. Lepas tu kulit kat tepi-tepi tu dia buang. Hahaha anak siapa la tu ek? Jom kenalpasti adakah anak kita picky eater?

Banyak lagi persoalan yang akan terjawab pada entri seterusnya. InshaAllah..