Assalamuaikum!!
Terujanya nak menulis balik. Mana taknye dah 2 tahun lebih cik dayah tak menulis...hamek kau! hahahah. Selamatlah blog ni takde tarikh expired :p
Harini nak bagitau yang cik dayah akan mula menulis semula kat sini. InshaaAllah lebih istiqamah dan korang jangan lupa singgah tau. Semoga apa yang kita share ni memberi manfaat hendaknya.
Jumpa esok! Cik dayah nak melawat rumah aka blog kawan-kawan satna..peace yo.
Kids Kreatif
Friday, 8 September 2017
Wednesday, 31 December 2014
Muffin Coklat untuk Damia
Salam....
Dear moms and friends,
Damia, my niece umur dia sekarang 4 tahun. Seorang yang petah bercakap dan sangat comel. Memandangkan hari ni saya tak busy sangat, so saya buatkan muffin coklat untuk dia.
Muffin
yang dah siap tu saya masukkan dalam kotak kek yang kilat-kilat (rajin betul
makcik ni. hahah). Saja je nak buat macam beli kat kedai gituuu. Sebab biasanya anak yang cerewet makan sukakan kelainan.
Ibu-ibu dan sahabat semua boleh cuba buat ye! Resepi
asal saya ambil dari SINI tapi telah diolah sedikit. hehe...
Bahan-bahan
Bahan
A
2
cawan tepung gandum
1 1/4 cawan
serbuk koko
2
sudu kecil baking powder
2
sudu kecil soda bikarbonat
Bahan
B
2
cawan gula kastor
1
cawan minyak masak
1
cawan susu cair
2
biji telur
Bahan
C
3/4 cawan
air panas
Cara-cara
Campurkan
semua bahan B dan pukul perlahan selama 2 minit. Letak tepi.
Ayakkan
tepung dengan serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat dan campurkan semua
bahan dalam mangkuk besar.
Masukkan bahan A ke dalam bahan B sedikit demi sedikit dan kacau rata.
Kemudian
masukkan air panas (tak perlu mendidih) dan kacau rata. Bakar
pada suhu 170.C selama 20 minit.
Dah pun siap. Boleh la dihidang mengikut kreativiti anda ye (kecil, menarik, sedap!) :)
Selamat mencuba!!!
#Becreative
New Year Blogwalking Januari by Sulyanie Ghazali
*klik banner untuk join.
♥ Tarikh tutup : 31 JANUARI 2015
♥ Tujuan segmen ni untuk memudahkan sul dan peserta-peserta blogwalking dan follow blog-blog peserta yang lain.
♥ Senarai peserta akan diupdate setiap hari sabtu.
♥ Rajin-rajin kan diri jenguk dan follow blog peserta yee. Dapat tambah follower jugak :)
Syarat dia simple je. Semoga segmen ni dapat sambutan. Jom join ramai-ramai :)
Sunday, 28 December 2014
Mini Piza
Yea, pizza!! Ma, adik nak makan piza boleh? Pasti ibu-ibu
sukar untuk menolak permintaan si kecil yang sorang ni. Mana tidaknya, anak picky eater memang susah nak makan. Bila
dia mintak sesuatu, mesti akan bagi. Takkan nak biarkan dia tidak makan?
So, make sure ibu-ibu sediakan makanan yang
sihat dan seimbang. Piza? Ya. Piza boleh dijadikan hidangan yang sihat untuk si
kecil anda.
Portion atau
saiz hidangan mempengaruhi si kecil untuk makan. Apa kata kita kecilkan saiz
piza dan namakan dia Mini Piza! Tentu si kecil lebih gemarkannya.
Ubah sedikit resepi piza menjadi Mini Piza yang
seimbang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin dan serat sesuai untuk si
kecil membesar.
Oleh itu, jangan ketinggalan untuk dapatkan resepi Mini
Piza dan banyak lagi tips melalui buku ‘Sayang, Marilah Makan’, ok. Jumpa lagi!
#Becreative
Tuesday, 16 December 2014
I Am Proud Of You, Dear!
Ada satu perkara yang saya belajar since penglibatan saya dalam penulisan buku kanak-kanak.
Kanak-kanak sangat-sangat suka dipuji dan mereka akan rasa seperti dihargai dan disayangi.
Ramai daripada kita lebih mudah marah bila anak kita membuat sepah ketika bermain atau di meja makan. Kenapa? Sebab kita merasakan ia menyusahkan.
Biarkan mereka bermain atau makan sendiri kerana kemahiran kendiri mereka sedang meningkat. lni dapat membantu perkembangan minda mereka.
Jika ingin marah sekalipun biarlah bertempat dan kena dengan caranya supaya anak kita tahu apakah sebab mereka dimarah.
Punca cerewet makan?
Ya. Salah satu punca anak cerewet makan adalah kena marah di meja makan!!
Jadi, cuba elakkan ye.
Monday, 15 December 2014
Anda sayang anak anda?
Dah ucapkan
sayang kepada mereka pagi ini?
Belum tentu kita dapat ucapkan sayang kepada mereka petang nanti.
Dah doakan, peluk, cium anak anda pagi ini?
Belum tentu kita dapat doakan, peluk, cium anak kita esok pagi.
Dah sediakan sarapan untuk anak kita pagi tadi?
Belum tentu kita dapat ucapkan sayang kepada mereka petang nanti.
Dah doakan, peluk, cium anak anda pagi ini?
Belum tentu kita dapat doakan, peluk, cium anak kita esok pagi.
Dah sediakan sarapan untuk anak kita pagi tadi?
Belum tentu
kita dapat sediakan sarapan untuk anak kita sebentar nanti.
Sebagai ibu
atau bapa, kita inginkan anak kita membesar dengan sihat di depan mata kita
sendiri.
Melihat setiap
perkembangan yang mereka lakukan sudah cukup untuk membuatkan hati kita sangat
gembira.
'Mom and dad
love you, dear' :)
Wednesday, 10 December 2014
Spageti Harta Karun
Salam, hai moms and friends..
Mencari harta
karun for your kids? Resepi yang ni sangat simple dan awesome.
Kreatif adalah kunci
utama untuk menarik perhatian anak anda makan. So, menu ni boleh menggantikan
nasi sebagai makanan berat kerana kanak-kanak picky
eater sukakan kelainan.
Haaaaa..takde lah nanti mereka rasa boring je makan nasi dan mulalah perangai
tak mahu makan tu.
Gorengkan telur dadar dan balut spageti dengan kemas.
Kemudian bolehlah dihias mengikut kesukaan masing-masing. Tadaaaa...menarik
kan!
Tahukah anda spageti atau pasta adalah sumber
karbohidrat yang baik untuk kesihatan?
Pasta mempunyai indeks glisemik yang rendah berbanding
mee biasa. Maknanya kita akan rasa kenyang lebih lama dan yang menariknya bagus
untuk penghidap diabetes. Kandungan serat dan vitamin B yang tinggi juga
memberi kebaikan untuk badan si kecil anda selain mempunyai tekstur yang menarik,
tidak terlalu keras dan tidak lembik.
Untuk resepi Spageti Harta Karun ni, anda boleh lihat
dalam buku saya terbitan Telaga Biru Sdn Bhd berjudul 'Sayang, Marilah Makan!'
InshaAllah jika berkesempatan saya akan share resepi
di sini ye.
Selamat mencuba!
Subscribe to:
Posts (Atom)